SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Sunday 13 May 2012

“SAYA PILIH SETIAP HARI, HARI IBU”.ANDA?

  Assalamualaikum w.r.t  buat semua pembaca dan teman-teman yang ku kenali.Semoga artikel kali ini memberi manfaat buat semua.Buat pengetahuan semua ada sebab kenapa ana keluarkan artikel kali ini pada 14 Mei bukan 13 Mei.Sebabnya adalah=è nak lihat situasi dan pelbagai ragam orang di Malaysia dalam menyambut HARI IBU yg kononnye jatuh pada hari semalam (13 MEI 2012).Nak salahkan yang menyambut pun tak boleh jugak,maybe ada lagi sebilangan BESAR yang tak tahu tentang sejarahnya.Macam ana waktu dulu-dulu.^_^Pada yang tahu jgn buat-buat tak tahu pula,jika dah tahu sebarkanlah pada yang laen!!.

HUKUM MENYAMBUT HARI IBU>>http://dakwahaqsa.blogspot.com/
  
  Kalau di link atas berkenaan dengan hukum menyambutnya,so ana nak bercerita sedikit berkenaan BAGAIMANA TIMBULNYA HARI IBU?Sejarah moden hari ibu bermula di Negara Amerika Syarikat(AS) pada tahun 1907 oleh Anna Jarvis untuk memperingati ibunya.<<sambut utk mak ye?napelah kita semua dok pi ikut saja si pencetus ni.Teringat kata-kata masul’ ana ketika di sekolah menengah dahulu “lebih baik kita mencetuskan sesuatu daripada ikut sahaja”.Rupa-rupanya berguna jugak kata-kata ini utk ibrah kita bersama sebab kenyataannya kebanyakan orang islam hanya ikut sahaja membuta tuli HARI-HARI KHAS yang diadakan oleh orang barat dan kebanyakan mereka adalah golongan Kapitalis.Contohnya macam “ VALENTINE DAY”,kononya hari utk berkasih sayang padahal terang tantang ianya HARI MAKSIAT sedunia dan ada rahsia sebaliknya.
  
   Ana yakin kalian pasti tahu berkenaan hari sambutan tersebut,sebenarnya dalam ISLAM  pun sudah mengajar kita dalam berseharian berkasih sayanglah antara satu sama laen iaitu dengan memelihara muamalat kita manusia sesame manusia.Tidak perlulah kita menyambut hari-hari tertentu utk menyambut HARI IBU sedangkan HARI-HARI IBU kita tengok kita,dengar apa yang kita cakap,ingat kat anaknya jika berjauhan,setia mendengar masalah anaknya,dan macam-macam lagilah.Jadinya hari-hari adalah HARI IBULAH.^_^


sambutlah ia dengan penuh pensyariatan^_^


  Secara jujurnya dahulu ana pernah menyambut HARI IBU,tetapi hanya sekadar memberi hadiah dan wish sahaja tidaklah sampai membuat majlis besar2.Teringat sewaktu di asrama dahulu bila hari ibu je mesti “public phone” penuh sebab ramai students nak wish kat ibu2 diorg termasuklah ana sekali,siap suruh kawan2 nyanyi lagu utk ibu ana pulak tu.Haisyhh,macam2 ragam.Mesti yg di hostel pernah buat jugak.Tapi apakah daya peristiwa yg berlaku ini sewaktu ana tidak tahu bahwa ianya propaganda kapitalis utk menghanyutkan org ISLAM ;(.Bila dah tahu jadinya,biarlah bagi ana hari-hari utk ibu ana.Iringinyalah dengan istighfar semoga tidak mengulangnya utk TAKSUB  lagi.
  
   Pagi semalam sewaktu di dalam kereta pula,ana terdengar dari corong radio berkenaan dengan iklan makan besar sempena hari ibu di sebuah stesyen radio yang berlabelkan Islamic centre.Sayang sungguh!! stesyen yang pendengar-pendengar beragama islam sering dengar pulak tu.Ana pernah terbaca didalam garis panduan dalam jabatan mufti SELANGOR ianya harus asalkan tidak melanggar syariat.Lebih baik sambutnya dengan solat berjemaah,solat hajat ataupun bacaan yaasin kan lebih afdhal.^_^Bila ibu ana dengar je tentang iklan tu automatic keluar dari mulutnya “Hari-hari,hari ibu buat apelah membazir nak sambut makan-makan khas cukuplah anak-anak hargai ibu”.Ana tersenyum sahaja ^_^ bila ibu ana cakap macam tu.
   
  Sebenarnya macam-macam ragam orang,sampai tak tercerita ana dan ana sendiri percaya bahawa sahabat2 semua tahu apa yg berlaku disana.Untuk pemimpin-pemimpin,pelajar-pelajar atau sesiapa sahaja bergelar anak yang taklid dengan sambutan hari ibu,mudah-mudahan dibukakan pintu hidayah buatnya dengan menyambut hari ibu mengikut garis panduan yg ditetapkan ISLAM tidak perlulah sampai meniru gaya org bukan ISLAM dalm menyambutnya.^_6


~asrarnisa berkata:HARI-HARI,HARI IBU ^_^.Bagi sesiapa yg ada adik2 terangkan pada adik2 kecil anda bahawa hari2 adik kena sayang ibu dan hari-hari adik kena bagi hadiah dekat ibu iaitu “DOA”.Mudahkan?ibu mana2 pon xmintak brg2 atau sambutan yg besar2 utk mereka cukuplah mereka mendapat DOA drpd anak soleh yg mampu membantu mereka di alam yg laen.;)berkasih sayanglah dengan ibu anda di setiap hari.Mereka berhak utk dihargai tapi setiap hari~

pabila mereka diusia sebegini hanya DOA drpd anak mereka yg diharapkan dan diiringi dgn kasih sayang itu saja yg dapat mengembirakan mereka.:)

1 comment:

  1. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..^_^SIAPALAH KITA TANPA MEREKA

    ReplyDelete