SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Tuesday 17 April 2012

SETIAP DETIK ALLAH DIHATI.




 Bismillahirahmanirahim,salam penuh barakah buat semua yang senantiasa utk berusaha menambahkan ilmu yg lebih luas dr lautan dunia.Semoga Allah memberkatimu sepanjang engkau berusaha menuntut ilmunya.Bukan suatu perkara yang mudah utk seseorg itu memastikan hatinya tetap dalam memperingati  Allah.Pernahkah kita terfikir utk mengubah cara hidup kita dalam seharian di bumi barakah ni?Pernahkah juga dalam hati kita disematkan dengan kata-kata ini “HARI INI AKU MAHU MELUANGKAN MASA AKU BERSAMA-SAMAMU ALLAH.”

  Mungkin ada yg senantiasa beristiqamah memulakan harinya bersama ALLAH disetiap detik masa yg dianggap emas baginya.Bagi insan yg terlupa seketika,masih ada masa sebelum kita meninggalkan dunia yg tidak akan baqa selamanya dan berbalik juga kepada kejadian yg akn berlaku pada setiap manusia di akhir kehidupannya.Ada juga sesetengahnya merasakan waktunya berharga dan dia melakukan senarai tugasan iaitu ‘to do list’ akan tetapi masih ada kekurangan yang dikenal pastinya.Apakah perkara itu?Mungkin ianya sentiasa bermain-main di mindanya dan tampak ‘kosong’,’nothing’,’kabur2’ dan sebagainya.

       Aahlah,mana list yg aku buat utk bersama ALLAH?Pelik?Nampak sempurna saje senarai ni tapi..Hah,sahabat-sahabat biarpun siapa diri kita ,samada golongan tua atau muda sekalipun,majikan atau pekerja,pendidik mahupun pelajar,masa kita bersama ALLAH tidak seharusnya dianaktitrikan.Bukankah Rasullulah telah mengajar kita dengan berzikir juga tandanya kita memperingati ALLAH.Benar bukan?Maka kenapa selama ni masih ada yg beranggapan bahawa hanya di dalam solat sahaja kita mengingati ALLAH.Sedarkah kita setiap amalan atau perlakuan yg dilakukan dalam seharian semuanya berkaitan dgn ALLAH?.

     Apakah yang anda semua rasa jika suatu hari anda mendengar golongan si kecil membasahi bibir mereka dengan zikir-zikir kepada ALLAH?Syahdu bukan?Kadang-kadang pasti terlintas dibenak fikiran masing-masing,kenapa aku tak boleh buat,diorg yg kecil pon bole.Beginilah yg dirasai oleh ana sepanjang bercuti sem ni apabila ditawarkan berkhidmat di sebuah taski.Tak diminta tetapi ALLAH yg atur,aturan ALLAH sgt sempurna daripada manusia kerna pada mulanya ana ditawarkan mengajar sekolah rendah agama sahaja pada sesi pagi tetapi selang beberapa minggu kemudian taski yg berdekatan telah melamar ana.Jika ditolak tidak boleh bagi ana kerna ianya merupakan suatu perjuangan ana buat ISLAM.

  Kita berbalik semula pada topik diatas “SETIAP DETIK ALLAH DIHATI”.Ramai yang mengetahui tentang kewajipan yg wajib seperti rukun islam.Akan tetapi terdapat 3 golongan manusia yg tahu  tentang kewajipan ini.Jom kenal pasti!!





   Dah kenal pasti?Anda golongan yg mana?no 1?no2?or 3?.Terpulanglah pada diri masing-masing kerna anda berhak menilai diri sendiri.Bagi golongan yg pertama dan kedua,ubahlah diri anda!!Letakkanlah ALLAH dihati senantiasa kerna hanya DIA yg layak utk diletakkan dalam setiap perbuatan tanpa ada rasa syak utk mencari selainnya.Jadi bagi memastikan keikhlasan tersemat dalam mengingati Allah dalam setiap pekerjaan,maka takwa diutamakan dalam diri seseorg.Disebabkan takwalah ia menjadikan manusia sentiasa dekat dengan ALLAH dan sentiasa mengharapkan keberkatan daripada-NYA.

  Tindakan seterusnya ialah ‘TO DO LIST BARU’ dengan mengubat hati:





Tambahkanlah hari anda dengan zikir-zikir harian supaya hati sentiasa melekat dengan mengingati ALLAH ^-^




No comments:

Post a Comment