SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Tuesday 29 May 2012

"Saat kami kembali"

kami disini hanyalah seorang insan biasa yang inginkan semua mencapai impian masing-masing dengan mengejar mardhatillah.




Bismillahirahmannirahim,

Kembalinya kami di sana bukan atas dasar suka duka,
bukan juga atas dasar mencipta nama,
kami kembali kerna yang esa,
ingin menunjukkan pada semua hanya Dia sahaja.

Wahai adik-adikku serta sahabatku,
melakar satu impian adalah dengan satu,
iaitu ALLAH utamanya,
memang sukar dan  payah mendapatkannya.

Akan tetapi percayalah kami akan terus kembali,
kami sedar adik-adik masih insan yang tercari-cari,
andai kami mampu untuk menyuluhkannya,
izinkanlah kami menunjukkan cahaya.

Kejayaan tidak datang dari bumi yang tinggi,
akan tetapi datangnya dari tawakkalnya pada ilahi,
percayalah wahai semua,
itulah yang dicari sebenar-benarnya.

Jujurnya hati ini syahdu bila melangkah ke sana,
akan tetapi apakah daya ianya sementara sahaja,
hanya doa dan sokongan yang mampu kami simpulkan,
supaya simpulan itu dapat menerangi hidupan.

Mungkin saat ini kami tidak sama seperti dahulu,
tapi kami masih mahu impian kalian dituju,
ingatlah! semua disebalikmu adalah guru,
kerna mereka sentiasa menghampirimu.

Menjana insan yang menzahirkan amanah nabi,
bukanlah satu teori,
akan tetapi matlamat terpacaknya maahad al-mizan,
tidak mudah untuk laksanakannya tapi perlu disematkan dalam ikatan.

Besar sungguh harapan gurumu,
melahirkan insan yang diberkati ilmu,
kejayaan dunia dikejar,
akhirat jua di sambar.


hasil nukilan tulus dari hatiku:(aina zaki)
ex-mam
>alumni 2010<


Al-hayati fi dunya!!lillah!!
fil akhirat!!wa aidhon lillah!!
>ketenangan dalam kejayaan<


>info mam<
<merekalah disebalik sekolah>

AKADEMIK

pencapaian yang agak mebanggakan apabila tahun lepas sekolah telah dikejutkan dengan seramai 5 orang students 9  A serta 13 orang 8A 1B dalam PMR.
(target straight A tahun ini 10 orang)

 tidak kurang juga hebatnya seramai 25 orang mumtaz didalam idadi tahun sebelumnya.(2010)

thanawi seramai 5 orang mumtaz (2010)

SPM semakin meningkat dari tahun ke tahun dari segi peratusan A terbanyak(masih dibwh mckk prgkt daerah kuala kangsar)

STAM seramai 4 orang lulus dengan cemerlangnya(2010)


JASMANI

Pasukan kawad kaki sekolah berjaya menjadi johan daerah serta mendapat tempat ketiga di peringkat negeri.

Pingpong seramai 3 orang berjaya mewakili negeri Perak dan seterusnya mendapat tempat kedua setelah kalah pada pasukan terengganu.

bOla tampar seorg telah berjaya mewakili MSSD kuala kangsar serta sepak takraw seramai 2 orang.

badminton juga 3 orang telah mewakili negeri Perak peringkat kebangsaan kejohanan sekolah-sekolah agama.

bola baling juga mendapat tempat dengan mewakili kuala kangsar ke peringkat negeri.


>maklumat:majalah sekolah serta cikgu<

No comments:

Post a Comment