SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Thursday 29 March 2012

“ZAINAB AL-GHAZALI MASIH MENGHIJAU DI JIWA MUSLIMAH”


Assalamualaikum w.r.t^__^<<< “senyum xperlu kata apa-apa”.Siapa tidak kenal wanita yang sungguh berani ni??Asrarnisa hanya mampu berkata-kata bahwa ZAINAB AL-GHAZALI adalah “PERMATA DAKWAH YANG GAGAH”kerana beliau seorg muslimah yang sungguh kental dalam mengharungi kepayahan dalam berdakwah.
    “AKU MEMILIH DAKWAH KERNA CINTAKU PADA ALLAH ADALAH BAQA’”<<<kata-kata yang masih tersemat dalam hati ana sewaktu ana menghadiri sebuah program di universiti yang dilafazkan oleh seorg pensyarah wanita  berkaitan dengan ZAINAB AL-GHAZALI ni.Tidak dapat digambarkan perasaan ana ketika itu apabila mendengar diskusi berkaitan beliau kerna hati ini tiba-tiba dapat merasai suatu aura seperti beliau masih hidup di zaman ni.Rasanya seperti semalam baharu beliau meninggalkan kita kerna rindunya dia menemui cinta BAQAnya.;)

  Yang pastinya beliau bukanlah wanita biasa akan tetapi persis seperti anak Nabi Muhammad s.a.w iaitu Zainab.Manakan tidak,beliau adalh berketurunan Umar Al-Khattab dan Hassan Bin Ali Bin Talib.Seorang wanita Mesir yang dilahirkan di Bahira dan terkenal sebagai muslimah yang semangat juangnya yang begitu utuh dalam DAKWAHNYA iaitu mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan fahaman landasan yang difahaminya dan diyakini.Satu-satunya wanita  Islam yang berani pada era 1936 kerna dalam usia yang masih muda iaitu 18tahun ,beliau sudah mampu mangasaskan satu pertubuhan yang agak agresif dalam pergerakannya “PERSATUAN WANITA ISLAM”.

Masih adakah muslimah sepertinya pada era modenisasi kini??Soalan yang sentiasa bermain-main di pemikiran ana^_^??..Mungkin ada akan tetapi untuk melahirkan seorg pendakwah WANITA yang gagah sepertinya adalah agak sukar kerna perjalanan dakwah pada zaman sekarang berbeza dengan zamannya.

  Bermulanya detik kesukaran dakwah beliau apabila dilamar oleh Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zainab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, “HARI-HARI DALAM HIDUPKU”. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.
    
    Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata “Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

    Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah PENTARBIYAHAN, iaitu dengan  memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

   Zainab al-Ghazali meyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.
  Hayat untuk perjuangannya hanya terhenti sehingga pada hari rabu 3 ogos 2005 dalam usianya 88 tahun kerana telah dipanggil oleh Ya Rabb.Segala yang di alami beliau perlulah kita teladani sebagai seorg yang ke jalan dakwah yang berstatus muslimah ber “trend moden”.Pemikirannya yang sentiasa memandangkan kehadapan serta berlandaskan islam dalam memperjuangkan HAK WANITA MUSLIM amatlah menonjolkan kerna ISLAM zaman kini masih mempunyai pejuang muslimat yang berani sehebat beliau dan memerlukan pejuang wanita di sayap-sayap perjuangan.
 
~asrarnisaberkata:As a seorg  muslimah yg berusaha utk kearah  pemantapan dakwahnya,kita tersangatlah digalakkan memegang kata-katanya    “Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain.Akan tetapi,pelajarilah islam utk mengetahui hak-hak seorang muslimah.~^___^sama2lah kita teladani..