SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Monday 28 May 2012

Kami tidak takut lagi JUAL MAHAL!!

Apabila engkau berhenti mencari si puteri dan meletakkan ALLAH sebagai  Raja  dihati,pasti  DIA membantumu utk menyiapkan apa yg diinginkanmu.^_^

Kalau aku tidak dapat cinta lagi,bagaimana?


 Mungkin di hati kita timbulnya ketakutan berkenaan dengan cinta.Takut yang kadang-kadangnya sepanjang hari,takut cinta tak akan hadir sekali lagi,takut hidup kian rapuh kerana dan tidak menarik lagi.Wahai sahabat-sahabatku yg inginkan CINTA,Yakinlah kepada ALLAH,bila saatnya sudah tiba,ianya pasti sudah tersedia buat kita.Kita hanya perlu menagguhkannya sahaja,bukan hari ini tetapi esok-esok sahaja.

  Yang perlu difokuskan kita sebagai seorang as-shabab ialah "TUJUAN AKU HIDUP".Mencipta asas yang kuat untuk masa depan yang lebih kukuh.Kita hanya perlu sabar dalam penantian.Berbaik sangkalah dengan ALLAH bahawa dia telah menyediakan putera dan puteri terbaik untuk kita yang bergandingan dalam menghangatkan cinta untuk mencari redhanya yang satu.Keredhaan ilahi matlamat sebenarnya.

  Ramai sahaja diluar sana berganti-ganti dalam memilih pasangan dengan alasan mencari CINTA SEBENAR.Tapi bagaimana pula yang tidak berpengalaman bercinta?

bagaimananya rasanya yarh?^_^
  Adakah golongan ini sukar dalam memahami cinta?Tentu sahaja tidak.Sebab cinta itu boleh diciptakan serta ditumbuhkan kerna ianya fitrah seorang insan.Sudah banyak orang telah membuktikan rasa cinta mereka.Asalkan niatnya yang benar iaitu yang satu ALLAH dengan sebenar-benar tawakal padanya,maka tidak ada yang tidak mungkin jika kita mencubanya.Sebab itu manis lagi selepas berkahwin.

Wahai sahabat-sahabatku,

Ingatlah siapa yang mencipta hati kita?Adakah manusia?Sudah pasti bukan!!

  Yang menciptakan hati kita kemerah-merahan ialah ALLAH dan DIA sahaja yang berhak menumbuhkan rasa cinta kita dalam hati kita.Kita cuma perlu berikhtiar mencari seorang yang cocok di hati,dan ALLAH dengan kekuasaannya akan membuahkan lagi rasa cinta itu.Adakah kita yakin dengan perkara ini?tanyalah dalam hati masing-masing sejenak.



 Bukan kita yang menggerakkan hati kita tapi ALLAH.Bilamana kita yakininya pasti tiada unsur keraguan dalam hati kita.Tidak perlu risau cinta tidak tiba,Tidak perlu risau kerna cinta itu ada.


SELAMA KITA MENJAGA DIRI,MENGUATKAN DIRI DENGAN AKHLAK ISLAM,MENJAGA KEHORMATAN DIRI DENGAN HATI,MAKA ALLAH SUDAH TETAPKANNYA PADA KITA.BUKAN SEKARANG,BUKAN JUGA ESOK PAGI,AKAN TETAPI BILA TIBA SAATNYA.


  Tidak salah menjual mahal time belajar ini,yakinlah dengan jodoh yang ditetapkan ALLAH.Jual mahal bukan bererti sombong tetapi bijak dalam mengawal perasaan.Letakkan cinta padanya.Janganlah sampai mengelapkan mata serta hati.Untung dan ruginya manusia diukur sikapnya terhadap waktu.Tidak perlu dirisaukan yang tidak berlaku tapi risaulah apa yang perlu kita lakukan di saat ini!!


"Demi masa,sesungguhnya manusia didalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran"-(Al-asr:1-3)

inilah yang sebaik-baiknya wahai sahabat-sahabatku.^_^


~aina zaki~

No comments:

Post a Comment