SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Tuesday 29 May 2012

"Rindunya Talian Ukhwah"

Salam mujahadah buat semua yang mengenaliku.


Bismillahirahmannirahim..

Hati ini hampir syahdu melalui hari-hari percutian kerana rindunya pada sahabat teramatlah sangat ;)
Bilakah mahu bertemu?
Mestilah buka sem 3 nanti erk^_^


Buat sahabat-sahabat yang senantiasa bertanyakan khabar sepanjang cuti sem ini,Uhibbuki fillah.
Terima kasih jua pada sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ini dengan nasihat daripadanya.

"UKHWAH ITU BUKAN SEKADAR "UHIBBUKI FILLAH".AKAN TETAPI BAGAIMANA PROSES SEBUAH UKHWAH ITU DILAKSANA DAN MENDAPAT TEMPAT DI HATI KITA.SAHABAT YANG SEBENAR ADALAH SERING MENGINGATKAN KITA AKAN PERTEMUAN DENGAN YANG ESA.WALAUPUN IA JARANG BERSUKA RIA BERSAMA,NAMUN DIALAH SERINGKALI MENDENGAR DAN MEMBANTU TATKALA DUKA NESTAPA YANG MELANDA DIRI."


Jujurnya,sewaktu ana mendapat mesej daripada seorang sahabat hati tiba-tiba bergetar sementara tatkala melihat setiap bait-bait kata yang penuh hikmah ini.
Rasa seperti mahu menitiskan air mata,rasa seperti menahan rindu,merasai adakah sudah sempurna ukhwah yang terjalin selama ini?.
Ya Allah.


jiKA kita bersahabat dengan penjual minyak wangi,pasti bau wanginya juga melekat pada kita.



Wahai sahabat-sahabatku,
talian ukhwah kita masih bersatu,
janji ianya berpaksikan yang SATU,
pasti hati kita semua akan syahdu.

Mengapa ianya syahdu?

Kerana apabila diungkapkan,
pasti hati merasai ketenangan yang mendakap,
jika dahulu kita bertutur tidak menampakkan,
akan tetapi talian ukhwah fillah pasti dapat di dakap.


kembara kita dalam mencari ilmu,adakah kita sudah sedar kemampuan diri?Andai semangat bertebaran tidak tentu hala,arahkan kembali pada yang SATU,iaitu jalan mardhatillah.

salah satu kaedah fiqh dakwah Syeikh Jumaah Al amin yang bersesuaian utk si penuntut ilmu,
Tilmizu iman la tilmizu kitab(murid kpd guru bukan murid kpd buku)



>dr hamba yang dhoif(aina zaki)<

No comments:

Post a Comment