SELAMAT DATANG KE ASRARNISA@BLOGSPOT.COM>>KEDATANGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN ^_^

Monday 27 August 2012

DR.BOOK & PERFECTIONIST (PSIKO I)

ASSALAMUALAIKUM W.R.T DAN SALAM LEBARAN,
  
 So hari ini blog asrarnisa hendak memberi peluang kepada dr.book untuk berbicara dalam blog ini.
Kalau difikirkan DR.BOOK ni lebih bagus dari ana taw!

  “Psst!!DR.BOOK ni ahli psikologi taw.he2

Bicara perkongsian dari DR.BOOK:
Aims for success,not perfection.Never give up your right to be wrong,because then you will lose the ability to learn new things and move forward with your life
 Perlukan bantuan asrarnisa untuk translatekan?sure la,I can.
  
  “Tuju untuk Berjaya bukan kesempurnaan.Usah berputus asa bila dirasakan sesuatu itu betul telah menjadi salah,kerana kemudian anda akan kehilangan upaya untuk mempelajari sesuatu benda yang baru dan mampu bergerak kehadapan bersama kehidupan anda

 Dr david m.burns berkata individu yang perfectionist memerlukan standard yang tinggi dalam segala hal berkaitan dengan hubungan dalam kehidupannya.Segalanya perlu sempurna pelajaran,karier,hubungan dan lain-lain.Ianya diibaratkan seperti otaknya telah diprogramkan sejak kecil lagi untuk untuk menjadi seorang yang berharga sehingga dapat memenuhi setiap klasifikasi yang ditentukan.

 By the way, sikap perfectionist ini ada negative dan positifnya.Tapi mengikut kajian ahli psikologi sikap ini 97% adalah negative.why?oklarh asrarnisa bantu DR.BOOK bagi SATU contoh cerita dongeng(rekaan semata-mata):

  Cuba anda bayangkan,anda sudah pun berkahwin kemudian tinggal bersama mak mertua,
  
Kebetulan pula,mak mertua anda pandai memasak dan anda?mestilah tak pandaikan.So,tiba-tiba hari itu dia suruh ang memasak.Memanglah kena dengan dia sebab ko tak berapa nak reti,goreng telur tawla.Then,lepas da goreng ko habis-habis sebab tak reti masak.Si ibu mertua ini pulak suruh ko sediakan masak lomak cili api.Adoi!!ponin kopala eden,semua dia nak”.

   After dia membebel and memerintah,dia pesan kat mu:lepas itu jangan lupa!kemas meja makan tu molek2, sediakan hidangan lauk pauk yang kamu masak tu kemas-kemas.Orang tua kata kalo nak tengok anak dara tu rajin ke dak tengok dia kat dapur je

gurlpp,tertelan air liur edenbicara hati siapa yang tahu.

ibu mana yg tidak mahu anak lelakinya mendapat isteri yg solehah?
 Baiklah para pembaca sekalian,sikap perfectionist pada si ibu mertua ini dikategorikan sebagai POSITIVE.Kenapa erk?Ini adalah kerana si ibu mertua ini hendak memastikan bahawa menantunya seorang yang boleh dilabelkan sebagai isteri solehah.Jika difikir-fikirkan,sewajibnya seorang isteri itu bijak dan pakar dalam bidang masakan,jadi suami gerenti tak lari.Bukan Kriteria pandai memasak je si ibu ini hendak mengemas pun sekali taw.Bak kata orangnak sempurna depan mata

 Tapikan ada satu perkara yang merisaukan DR.BOOK ialah individu yang jenisnya mempunyai hobi mengkritik diri sendiri dan selalu merasakan setiap kerja dilakukan ada sahaja tidak kena.Bahayanya sikap ini ialah,ianya pasti akan berakhir dengan kekecewaan.Bukan itu sahaja,mengejar kesempurnaan itu ibarat kita berusaha menangkap angin yang sudah pasti tak boleh dicapai.Manusia itu bukan manusia jika dilahirkan tanpa kekurangan kerna kita sendiri sudah tahu bahawa YANG MAHA AGUNG itu lebih sempurna


RUGINYA PERFECTIONIST

SERING STRESS
banyaklah berdoa padaNYA.

SUKAR BEKERJASAMA
mereka tidak benci TAPI "KAMI TIDAK SELESA".


KALAH SEBELUM BERTANDING
jangan terlalu mencari kesempurnaan,akhir sekali kalian akan KALAH.


KEGEMBIRAAN TERSEKAT
mengapa membiarkan hati ini terdampar sahaja di pantai?mengapa tidak dibawa bersama dengan  mengingati tuhan serta melalui denai2 kehidupan?
#pada golongan ini, AWAS!!DR.BOOK sarankan anda menjadi TRENDSETTER.Nak tahu apa itu TRENDSETTER?TUNGGU post seterusnya..

No comments:

Post a Comment