Bismillahirahmanirahim,salam
penuh barakah buat semua yang senantiasa utk berusaha menambahkan ilmu yg lebih
luas dr lautan dunia.Semoga Allah memberkatimu sepanjang engkau berusaha
menuntut ilmunya.Bukan suatu perkara yang mudah utk seseorg itu memastikan
hatinya tetap dalam memperingati
Allah.Pernahkah kita terfikir utk mengubah cara hidup kita dalam
seharian di bumi barakah ni?Pernahkah juga dalam hati kita disematkan dengan kata-kata
ini “HARI INI AKU MAHU MELUANGKAN MASA AKU BERSAMA-SAMAMU ALLAH.”
Mungkin ada yg senantiasa beristiqamah
memulakan harinya bersama ALLAH disetiap detik masa yg dianggap emas
baginya.Bagi insan yg terlupa seketika,masih ada masa sebelum kita meninggalkan
dunia yg tidak akan baqa selamanya dan berbalik juga kepada kejadian yg akn
berlaku pada setiap manusia di akhir kehidupannya.Ada juga sesetengahnya
merasakan waktunya berharga dan dia melakukan senarai tugasan iaitu ‘to do
list’ akan tetapi masih ada kekurangan yang dikenal pastinya.Apakah perkara
itu?Mungkin ianya sentiasa bermain-main di mindanya dan tampak
‘kosong’,’nothing’,’kabur2’ dan sebagainya.
Aahlah,mana list yg aku buat utk bersama
ALLAH?Pelik?Nampak sempurna saje senarai ni tapi..Hah,sahabat-sahabat biarpun
siapa diri kita ,samada golongan tua atau muda sekalipun,majikan atau
pekerja,pendidik mahupun pelajar,masa kita bersama ALLAH tidak seharusnya
dianaktitrikan.Bukankah Rasullulah telah mengajar kita dengan berzikir juga
tandanya kita memperingati ALLAH.Benar bukan?Maka kenapa selama ni masih ada yg
beranggapan bahawa hanya di dalam solat sahaja kita mengingati ALLAH.Sedarkah
kita setiap amalan atau perlakuan yg dilakukan dalam seharian semuanya
berkaitan dgn ALLAH?.
Apakah yang anda semua rasa jika suatu
hari anda mendengar golongan si kecil membasahi bibir mereka dengan zikir-zikir
kepada ALLAH?Syahdu bukan?Kadang-kadang pasti terlintas dibenak fikiran
masing-masing,kenapa aku tak boleh buat,diorg yg kecil pon bole.Beginilah yg
dirasai oleh ana sepanjang bercuti sem ni apabila ditawarkan berkhidmat di
sebuah taski.Tak diminta tetapi ALLAH yg atur,aturan ALLAH sgt sempurna
daripada manusia kerna pada mulanya ana ditawarkan mengajar sekolah rendah
agama sahaja pada sesi pagi tetapi selang beberapa minggu kemudian taski yg
berdekatan telah melamar ana.Jika ditolak tidak boleh bagi ana kerna ianya merupakan
suatu perjuangan ana buat ISLAM.
Kita berbalik semula pada topik diatas
“SETIAP DETIK ALLAH DIHATI”.Ramai yang mengetahui tentang kewajipan yg wajib
seperti rukun islam.Akan tetapi terdapat 3 golongan manusia yg tahu tentang kewajipan ini.Jom kenal
pasti!!
Dah kenal
pasti?Anda golongan yg mana?no 1?no2?or 3?.Terpulanglah pada diri masing-masing
kerna anda berhak menilai diri sendiri.Bagi golongan yg pertama dan
kedua,ubahlah diri anda!!Letakkanlah ALLAH dihati senantiasa kerna hanya DIA yg
layak utk diletakkan dalam setiap perbuatan tanpa ada rasa syak utk mencari
selainnya.Jadi bagi memastikan keikhlasan tersemat dalam mengingati Allah dalam
setiap pekerjaan,maka takwa diutamakan dalam diri seseorg.Disebabkan takwalah
ia menjadikan manusia sentiasa dekat dengan ALLAH dan sentiasa mengharapkan
keberkatan daripada-NYA.
Tindakan seterusnya ialah ‘TO DO LIST BARU’
dengan mengubat hati:
Tambahkanlah hari anda dengan zikir-zikir harian supaya hati sentiasa melekat dengan mengingati ALLAH ^-^